Sunday, 27 May 2012

Hantaran Ohh Hantaran

  




 mesti ramai yg suka bile berckp je soal kahwin. tgk tu, baca tajuk je dah senyum senyum hehe 



"Kalau dulu, majlis yang pakai khemah yang tinggi-tinggi ni majlis wakil rakyat jer", Pakcik Wahid memulakan bicara.


 "Sekarang Paie tengok, majlis bertunang pun orang dah buat majlis besar-besaran. Siap pasang khemah banyak-banyak pulak tu",tambahnya lagi.


"Kita jangan ikut artis. Apa yang artis buat semua nak tiru sedangkan tak mampu. Last-last yang susahnya pihak lelaki yang kena sediakan hantaran tinggi sebab pihak perempuan nak buat majlis pertunangan. Nak grand la katakan. Adoi", keluh Pakcik Wahid lagi.


    haa kalau baca dialog kat atas tu, pening kepala pihak lelaki nak cari duit. ye lah, majlis pertunangan sekarang ni, dgn kad jemputannya, dgn pelaminnya, dgn baju nye lagi. khemah-khemah pulak siap dah pasang. dah mcm majlis kahwin dah meriahnya tu. dan benda ni semua seolah-olah dah jadi satu 'keperluan' dl masyarakat kita.




    Ingat lagi dengan jadual WANG HANTARAN MENGIKUT TARAF PENDIDIKAN yang popular di Facebook?
UPSR, PMR/SRP : RM1,000 – RM3,000
SPM : RM3,000 – RM8,000
STPM/DIPLOMA : RM8,000 – RM12,000
DEGREE : RM12,000 – RM15,000
2ND DEGREE/MASTER : RM15,000 – RM20,000
PHD : RM20,000 – RM30,000
 Sebab itulah ramai yang pinjam ALONG untuk TOLONG mereka kahwin dan akhirnya TERLOLONG begitu sahaja (tak mampu bayar pinjaman).



Dari Riwayat Muslim, hadis Sahl bin Saad RA katanya :
Pada satu ketika seorang perempuan datang berjumpa Nabi Muhammad SAW seraya berkata:
"Wahai Rasulullah! Aku telah datang untuk menyerahkan diriku kepadamu".
Lalu Nabi SAW memandang kepadanya sambil mendongak kepadanya dan memerhatikan dengan teliti kemudian baginda mengangguk-anggukkan kepalanya.
Apabila perempuan itu mendapati Nabi Muhammad SAW diam tanpa memberi keputusan, perempuan itu segera duduk, lalu bangunlah seorang sahabat dan berkata:
"Wahai Rasulullah! Sekiranya kamu tidak ingin mengahwininya kahwinkanlah aku dengannya".
Nabi SAW segera bertanya: "Adakah engkau memiliki sesuatu yang boleh dijadikan MAS-KAHWIN".
Sahabat menjawab: "Tidak ada!"
Nabi SAW bersabda: "Pulanglah menemui keluargamu mencari sesuatu yang boleh dijadikan mas-kahwin".
Lantas sahabat tersebut pulang, kemudian beliau kembali menemui Nabi SAW dan berkata:
"Demi Allah! Aku tidak menjumpai apa-apa pun yang boleh dijadikan mas-kahwin".
Maka Nabi SAW bersabda lagi:
"Carilah walaupun sebentuk CINCIN BESI".
Lalu sahabat tersebut pulang dan datang kembali serta berkata:
"Wahai Rasulullah! Demi Allah aku tidak menjumpai apa-apa walaupun sebentuk cincin besi, tetapi aku hanya memiliki kainku ini iaitu kain yang hanya boleh menutupi bahagian bawah badannya".
(Sahl berkata: Sahabat ini tidak mempunyai pakaian yang menutup bahagian atas badan).
Nabi SAW bersabda : "Apa yang engkau boleh buat dengan kain engkau itu, sekiranya engkau memakai kain itu. Perempuan tersebut tidak dapat memakainya walaupun sedikit. Apabila dia memakai kain tersebut engkau tidak mempunyai apa-apa untuk dipakai".
Sahabat itu duduk sehinggalah sekian lama kemudian bangun. Nabi SAW memandang kepadanya seterusnya dia beredar dari situ. Setelah itu Baginda SAW memerintahkan supaya dia dipanggil. Apabila sahabat tersebut sampai, Nabi SAW bertanya:
"Apakah yang engkau miliki daripada Al-Quran?"
Sahabat tersebut menjawab: "Aku hafaz surah itu dan surah ini".
Sahabat berkenaan menghitungnya, Nabi SAW bersabda lagi:
"Adakah engkau membacanya secara hafalan?"
Sahabat tersebut menjawab: "Ya!"
Nabi SAW nersabda :
"Pergilah! Engkau telah memilikinya bermas-kahwinkan ayat atau surah Al-Quran yang engkau hafaz".

Sesungguhnya Islam tidak meletakkan kadar Mas Kahwin yang wajib diberikan kepada isteri. Tetapi kebetulan pula setiap negeri sudah meletakkan harga Mas Kahwin yang wajib dibayar oleh pengantin lelaki kepada pengantin perempuan dan harga mas kahwin itu tidaklah terlalu membebankan.
Mudahkan perkahwinan dan jangan bebankan dengan sesuatu yang tidak perlu. Berbelanja mengikut kemampuan dan tak perlu mengejar populariti dalam perkahwinan.

p/s : buat pemilik tulang rusuk ku, aku tidak memandang hartamu tapi apa yg aku pandang adalah iman dan akhlak mu :))




No comments:

Post a Comment