Dikenal sebagai “Octomom”, Nadya Denise Doud-Suleman Gutierrez menarik perhatian antarabangsa setelah melahirkan kembar lapan (octuplets) pada bulan Januari 2009.
Lina Madinah adalah ibu termuda dalam sejarah, melahirkan anak pada usia 5 tahun 7 bulan 21 hari.
Setelah menunggu lebih dari 40 tahun untuk anak pertama, wanita India Rajo Devi Lohan melahirkan pada bulan November 2008, pada usia 70.
Menurut Guinness Book of Records, ibu yang paling produktif sepanjang sejarah adalah seorang petani dari Shuya, Russia, yang dikenali hanya sebagai isteri Feodor Vassilyev, yang melahirkan tidak kurang dari 69 anak-anak, dari 27 kehamilan. Gambar hanya sebagai hiasan kerana tiada gambarnya yang sebenar disebabkan beliau hidup di abad 18.
Thomas Beatie adalah lelaki pertama yang menjadi seorang ibu. Sebenarnya dia dilahirkan sebagai seorang wanita dan menjadi lelaki setelah dia menjalani pembedahan dan perawatan selama sepuluh tahun dan sekarang hidup sebagai seorang lelaki di Oregon. Dia hamil kerana histerektomi (pembedahan rahim). Thomas memutuskan untuk mempunyai bayi sendiri, melalui persenyawaan menggunakan sperma penderma dan sel telur milik Thomas sendiri.
Carole Horlock ialah ibu tumpang, telah melahirkan 12 bayi dalam 13 tahun – termasuk kembar tiga. Ini adalah rekod dunia untuk ibu tumpang paling produktif. “Ketika saya pertama kali menjadi ibu tumpang, saya berharap melakukannya hanya sekali” katanya. “Tapi saya sangat menyukainya.. setelah saya melahirkan bayi saya ingin melakukannya lagi.” Dia dibayar rata-rata $25,000 hingga $30,000 untuk tujuan tersebut.
No comments:
Post a Comment